Wednesday, December 31, 2008
LIHATLAH DUNIA KEKEJAMAN REJIM ZIONISS!!!!
2,3 ari lepas penuh berita dlm paper sme becerita psl kekejaman rejim zionis laknat ni pada rakyat palestin,aku tak tau la nape tp semnjk jd ibu ni hati aku sdh sgt bile tgk bdk2 apatah lg kalu dh dlm keadaan yg amat menyedihkan...sdh tgk knk2 yg x berdosa dikapankan smbil ibu bapa mereka meraung2 menagis.cuba kita bayangkan bagaimana keadaannya jika kita lah ditempat mereka skrg ini.NAUZUBILLAH....jd semoga 2009 ini akan memberikan satu harapan kepada mereka dan untuk rakyat malaysia yg permai ini..
BERSYUKURLAH dan BERKATILAH RAHMAT YG ALLAH LIMPAHKAN KPD KITA INI,TIDAKKAH KITA BERASA AMAT BERUNTUNG DIBUMI KITA INI???
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430 DAN 2009 MASIHI
assalamualaikum...w.b.t.sebelum becerita dgn lebih berjela2 lg,aku dgn sng hati ingin menympaikan lagy nasyid ni dulu buat kwn2 yg jauh dimata namun dekt dihati....sj nk test suara,mklm la penyanyi maktab tau....
satu muharam detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam (umat islam...-backup singer oleh dude n tokk)
dari kota mekah ke kota madinah
atas keyakinan dan iman yg teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban ( rela berkorban....-backup oleh sarah,jaja n imah..)
harta dan nyawa
demi menegakkan islam hijrah....
tu je lah,tok lrt dh nk terik suara time korus ni...mklm la suara dh tua...hehe
so,dihari yang penuh bermakna ni,kepada kwn2 seme sy dengan ini mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1430 dan 2009,dh pasang azam ke,kalu ikut bab2 azam ni mcm same je...tapi sj nk syer jgk ngan kwn2...
AZAM BUGEEE 2009
1. KURUS!! ( adakah aku tgh bemimpi ni???? -smbil menampar muka sendiri )
2. jadi isteri solehah untuk suamiku yg tecinta....(abang,nk gelang kai se!!! )
3.ibu yg paling best utk dhia farish,,(dhia junior dok lg taun ni kot)heheh
4. komited pd tgs : tgs br di SK Bt 48 : penyelaras PSS dan Pustaka,Guru bola Jaring,Pengerusi panitia Muzik,Guru SBT bla bla...) alhamdulillah...taun dpn aku nk mtk penyelaras UPSR ngan JU Data plok....bijok dok???
5.nk hias comey2 umah baru...nti dude n buja nk mari lepak plok time olahraga...
6.Moga diberkati dan dimurahkan rezeki....
7.Dipanjangkan umor n disehatkan sokmo...
Tuesday, December 30, 2008
APA YANG TAKDE DI MALAYSIA TAPI ADA DI CHINA...
KASUT SUKAN UNTUK SARAH,BLEH WAK JOGING PTG2 NGAN FAHIM SAMBIL MKN JAGUNG BAKAR...
MESTI TPT NI JD PORT UJUNG MINGGU TOK ...KEHKEHKEHHH...
DUDE BLEH LA BELI PEFUME NI...SUKA SGT DIA KUMPUL PEFUME GNI..
HAAA...NI PLOK UTK BUJA..MESTI SEMAT TIME G DATING NGAN ABANG ZZZZ...HEHE
TMPT TOK LAGI...
KOLEKSI LAWAK PENUTUP TAHUN 2008
BACA JGN TAK BACA..KENE KERRRRR....
LAWAK 1 : 5 + 5 = 11
Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..
bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas...
LAWAK 2 : NEGRO YG HAUSSSS...
l kisah, seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang dia mencari air, terjumpalah dia dengan jin padang pasir.
Berkatalah jin itu... .."aku akan tunaikan 3 permintaan kau, oleh sebab aku lihat kau dah nak KO. Aku akan tunaikannya pada kehidupan kau yang akan datang.
Negro itu pun berkata, "Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga lagi. Dan ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar... "
Negro itu pun mati dengan tenangnya... ... ..
Pada kehidupan lain,
Negro itu telah menjadi... ... ... ... .
... ... ... ... .Mangkuk tandas toilet wanita... ... ... .
LAWAK 3 : TEKA TEKI ( BUJA DAH TEKENE... HEHE )
Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu? -Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen.KUANG KUANG KUANG.....
LAWAK 4 : KESAN EKONOMI 2009 ( DIJANGKA SERIUS!! )
MEMO KEPADA SEMUA STAFF SKDM 2 2009...
Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda m ema ndu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda m ema ndu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.
Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka....
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih...
LAWAK 6 : PEMANDU MENGANTUK TERLAMPAU!!!
Warga Thailand, salah seorang penumpang Bas Ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan membuatkan pemandu bas tersebut berkali-kali menggelengkan kepada. Sebaik sahaja melepasi Bentong, penumpang warga Thailand yang berada betul-betul dibelakang pemandu bas itu bertanya apakah sudah samapi ke Ipoh atau belum.
Pemandu: Awak hendak kemana sebenarnya?
Penumpang: Saya hendak pergi Kangar, malam ini saya hendak balik Hatyai.
Pemandu: Bas ini menuju Kuantan.
Penumpang: Kuantan tu di mana?
Pemandu: Eh, kamu tak tahu Kuantan? macam mana kamu boleh silap beli tiket? Kalau gitu sampai di Kuantan nanti saya uruskan beli tiket untuk kamu balik semula ke Kuala Lumpur atau kamu naik teksi atau kamu boleh juga naik kapal terbang. Terpulang yang mana pilihan kamu.
Penumpang bas tersebut mendiamkan diri dengan wajah muram. Pemandu bas pula tak habis membebel terhadap kesilapan penumpang Warga Thailand tersebut. Setibanya di Kuantan, sebaik saja turun dari bas, penumpang tersebut terus menemui semula pemandu bas tadi.
Penumpang: Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sebenarnya tak silap. Saya dah tempah bilik hotel di Kuantan ini. Tadi saya sengaja buat begitu kerana saya tengok awak mengantuk, dan awak benar-benar hilang mengantuk, betul tak?
Pemandu bas tersenyum hambar dan mengangguk berkali-kali dan menggeleng sekali lagi.
Saturday, December 27, 2008
Selamat Selamat Selamat....
Firstly aku nk mtk maaf utk peminat2 aku(sarah,dude,buja n tok kot...) sbb lm rindu nk bc blog aku.huhu.bkn aku mls tau,kalu dulu bleh la aku bt alasan takde laktop,beruk ben,bla bla bla...tapi kali ni mmg takleh nk kt ape dah..aku balik minda tau..soh ke nk buat blog aku nk bc mesej pn kn kabat tingkap!!huhu..so bila dh smpai dungun ni mmg kt kpala nk update bloggg je...aku tak tau la antu ape yg msk lam kepala ni,mgkn antu belaan anita kot.jadi dikesempatan ini sambil meluahkan rs jeles ku pd umah baru sarah walaupun itu hnye kuartes kerajaan yg dipinjamkan,tapi aku besetuju dgn tok iaitu kabinet dia mmg lawa,dan untuk sarah yg bes sgt kt dapur dia kecik tu mcm la ko tu rajin bebeno nk msk2 ala2 kenduri mawi!!haha.jadi untuk kawan2 yg amat kusayangi ni,aku nk ucap banyak2 selamat...
1. to Aku : selamat peg sekolah baru( mmg dh pegi pun,tapi cikgu2 sana 80% sebaya kak yam.jadi dlm azam 2009 ni aku nk merasuk diorg supaya buat blog mcm aku jgk)blog jual karipap inti ikan!!
2. To Sarah : selamat duduk umah baru,selamat ngaja sekolah baru...selamat dapat baby baru..OPPSS!!!hehe,mtg2 dh dpt adiah berupa beruk ben trs je rajin update ye,ko selalu mengingatkan aku time2 sedih ngan time2 kt maktab,ms ko pegi penang ko stay dkt apatmen yg nama stallion tu kan???sediah ah tgk nama maktab pun dh ingat kesah2 lame....waaaaaa...
3. To Tok : awak dah ekspet ye ber blog skrg.tapi awak jgn buat2 lupe tau,disket emis sy tu blm bagi lagi..huhu.nti che ku hasnah sekeh kepala saya dn sy akan slahkan awak kalu 2009 ni sy takleh CEMERLANG kt Bt 48,HAHA!!!!
4. To jaja : peah wei..gi la beli beruk ben retek,,bleh update kerek sket ( dgn nada eksennye aku berkata ) hehe...
Lastly to all my beloved friends,Happy Celebrating Awal Muharram dan Selamat Tahun Baru 2009...Semoga kita akan tetap bahagia,ceria,dimurahkan rezeki,dipanjangkan omor serta beroleh jodoh yang terbaik ( itu untuk JAJA,DUDE n TOK???? )
Ruangan IKLAN ::
Saturday, December 20, 2008
Salam sayang untuk Sahabat ku...
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa"....
Dude : Ganazzzz tapi sebenornye baikkk ati!
Sarah : Banyok mulut!!! tapi manja.....
Imah : Kecik2 cili padi tapi mulut lazeeerrrr...
Jaja : Npk mcm Sombong tapi...sopan...
Tokk : Npk je mcm GANAZZ tp... suka je kuat.mcm org takut!!taun dpn buat jibab wane oren plok deh!!
AL KISAH......toyyib....
Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seekor jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley DavidsonJin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet ShoeiJin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr...
kecuali saya".Jin tu pun kelipkan mata and then bling...
maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"Jin tu pun kelipkan mata, bling....
Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah""
Moral: Jangan kawan dengan monyet
Thursday, December 18, 2008
preview filem : HISTERIA
SINOPSIS FILEM HISTERIA
‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.
Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.
Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.
Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Nantikan kemunculan ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.
Antara pelakon filem Histeria:
1) Liyana Jasmay sebagai Murni
2) Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir – ‘antoo Fighter’) sebagai Alissa
3) Norisnainy (pendatang baru) sebagai Kerek
4) Ainul Aishah (pelakon ‘Nana Tanjung’) sebagai Marina
5) Yanna (Newcomer) sebagai Junita
27 PERKARA PENYEBAB PAPA
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi... ( aku la ni ms dok duyan mas dulu...)
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang... ( saper ni...imah kerrr???? )
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri... ( = jaja,nk semat pnye pasal la tu... )
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...( aku ingat fahim,tp upenye
sarah...huhu )
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah... ( tok = bela kutu )
25. Menyapu sampah di waktu malam... ( dude la ni...aku npk aritu,beng dok ngaku
ah.... )
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...
p/s : yg hilight wane merah tu aku gurau je ye kawan2 ku sayang..jgn marah..nti kn jual...
Wallahualam...
AMARAN UNTUK DUDE YG KU SAYANGI...
GEMPAR!!! KOPI BUAT PAYU DARA KECUT!!!
Kepada kaum wanita bolehla lupakan kopi dan kepada kaum lelaki jangan galakkan isteri buat air kopi coz nanti isteri join minum sekali. Seeloknya buatlah sendiri ye...
LONDON : Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.
Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.
Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.
keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.
Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.
Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.
"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund , Sweden , yang mengetuai kajian berkenaan.
"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.
"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."
Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.
( ANITA,SILA PEG CHECK SEKARANG....)
Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.
( TOK PONG KN GI CHECK JUGOK )
Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. -
Wednesday, December 17, 2008
HAPPY ANNIVERSARY MADI & GEE
HAPPY ANNIVERSARY UNTUK AKU...(GAMBAR SEKADAR HIASAN ) HEHE
Assalamualaikum untuk semua kengkawan ku yg sentiasa dirindui dan diingati selalu..
sebenarnye sj nk test celcom broadband ni jd ke dok..rupenye dh jd,oleh kerana aku da janji ngan dude nk update blog mlm ni,so tgh dhia sedap buat kuak lentang aku pun menaip la slow2...hari ni rasa best sgt dlm taun 2008 ni.byk yg berlaku ari ni,kelako ada,suka,hepi,teruja...seme ada la.dan perasaan itu rasanya dikongsi bersama dgn tok...kecuali tajuk diatas,tak tau la tok pun dh kawin kt siam mcm rita rudaini.HAHA.so kt bawah ni sj la nk perincikan lg segmen2 tg berlaku pada 17 Disember 2008.
1. pada tarikh ini aku disatukan dengan jejaka kacak ala2 orang mexico ( nash kt,aku dok kata...)so masuk tahun ni dh 2 taun aku nikoh tp perangai sm je mcm orang bujang.huhu
2. Ari ni aku beli lektop baru sbb aku dh takleh gn lg lektop samsung skdm2 ( biasanya aku wak rete sendiri )nama lektop itu mengikut surat beranak dia ialah ASPIRE 4920 yakni sm dengan lektop tok n dude...aku dh warning dude nti kalu kn kusus sm beng wak lolok tukor ah ngan hok aku.Haha
3. ari ni jg aku dengan tak sabo2 nye peg beli celcom beruk beng dengan hage promosi RM 450.sukanye aku buleh ber my artis tiap2 ari..tu pn ms dhia tido je....aku nk g cr ubat tido byk kt famasi.huhu
4. ntah ape2 mcm tau aku beli lektop baru dan dengki kt aku la tu...sarah pon tepon..kami bebual2 mesra lebih kurang 21 minit,pns telinga tu wo...dan kami ngumpat slow2 sbb takut fahim dan mat dhia bangun,hehe
5. aku dengan pantas nye buka my artis dan bc gosip terkini,br la tebuka sikit minda ni....yer ker...
itu je la untuk mula2 ni.aku dh mula berebut dgn madi sam sibuk nk berintenet jgk,sj deki aku!!haha
so...see u tomoroooo....bai....( mcm azwan ali )