Sunday, August 24, 2008
KAT MANA ORANG MELAYU KITA.....
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu
Friday, August 22, 2008
KISAH SEORANG WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci
tentang orang yang paling dia
sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia
sedang keluar dengan lelaki
lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia
akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak
tau bagai mana dia
menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka
kamu separuh hati, tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab
ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu
masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi
hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
anggap tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si
gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik
nya telefon diletakkan
dia akan menjerit kesukaan dan ! tak
sampai sepuluh menit,semua
rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi
wanita.Jadi jangan senyum
sembarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan
dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan
lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat
denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali menebak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
bertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan
membaca buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat
teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' ^_^ saja sudah cukup menceriakan
harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia
rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata
berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan
mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah air mata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai
setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
resiko tentang mereka dan tentunya
baik terhadapnya.So,kalau pgen memikat wanita
pandai-pandailah dlm bertindak...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana
apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh
jiwa.
Hari Yang HAMPEH!!




Hari ni terasa sedih sgt dengan budak2 6tw ni.tak tau lah nape.ke aku je yg perasan sorg2?? dah la kedatangan cuma 9 - 10 orang,bile kita ajar diorg angguk2 tanda faham,kalu bincang,tanya diorg laju je menjawab.baru kemarin aku ajar mcm mane nk buat ayat utk question 1 yang kn buat 5 ayat.aku dah bahagikan diorg kepada 3 kumpulan mengikut tahap diorg.tapi yang paling menyedihkan kumpulan yg aku harap2kan dpt skor baik tu la yg paling banyak buat salah. ayat2 yang mudah pun diorang boleh salah.rasa sedih dan tension sgt!!kdg2 sakit kepala dibuatnye bile memikirkan diorang ni.ape pendekatan yang terbaik nk ajar diorang,diorang ni bukanlah ' stupid ' sgt pun...geramnye.......apa perasaan korang kalu ditempat aku??ARGGGHHHHHH

TENSEN!!!!!!
HEPI BESDAY TO A SWEET FRIEND N A SWEET GIRL...



HEPI BESDAY TO YOU... HEPI BESDAY TO YOU.... HEPI BESDAY , HEPI BESDAY... HEPI BESDAY TO YOU.......
UCAPANG :
- SEMOGA PANJANG UMUR
- SEMOGA MURAH REZEKI, ADA DUIT LEBIH TU JGAN LUPE BALNJA SLALU..
- SEMOGA KETEMUI " MR X " DENGAN SEBERAPA SEGERA
- SEMOG BLEH TKR KE TRG DENGAN AMAN MAKMUR DAN BAHAGIA...
- SEMOGA..SEMOGA...SEMOGA.... SELALU..
Thursday, August 21, 2008
ANGKA2 DALAM ISLAM...renungkanlah...

ANGKA 1: Istiqamah itu satu jalan .awalnya kemulian,pertngahanya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.
ANGKA 2: Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.
ANGKA 3: Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku d dalam sembahyang.
ANGKA 4: Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah:Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah di beri kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang d haramkan oleh Allah. 2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
ANGKA 5: Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara: 1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2} 2)Kosong perut. 3)Melakukan qiamullail. 4)Memohon ampun d waktu sahur. 5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
ANGKA 6: Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.
ANGKA 7: Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum
ANGKA 8: Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis Mempertakuti bahawa ia akan lari.
ANGKA 9: Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit 7)Pemarah Ingin d hormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
ANGKA 10: Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dgan tubuh yang asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat....
Sunday, August 17, 2008
MSKPP 2008 SETIU TERENGGANU
NO 8...
No 8 lagi..
Dungun Team
Pada 14 - 16 Ogos yang lalu,telah diadakan satu kejohanan MSKPP ( Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan ) bertempat di Setiu Terengganu. Ewahh..mcm laporan sukan kt tv3 plok!! huhu.aku bersama Anita @ Dude telah peg kesana seawal 9 pg sebb terpaksa ekspot anakanda ku yg tersayang tu di Minda dulu..sedihnye terpaksa bepisah buat petama kalinya..sehingga tido mlm tu pun tak lena asyik teringat je kt intan payungku sorang tu... sepanjang kt setiu rasa bes sgt sbb bleh jumpe ngan kwn2 lama.. takpe la main kalah pun,yg ptg bleh la jgk kuar peluh dan tajamkan balik skill2 yg dah bekarat tu,,,hehe
Friday, August 15, 2008
MEMO CUTI SAKIT

p/s : untuk yg suka sgt cuti tu...haha
MEMO
Perkara : CUTI SAKIT
Kepada : Semua Pekerja
Daripada : Pihak Pengurusan
Salinan : Semua Pembaca Memo Ini
Merujuk kepada perkara diatas, berikut adalah garis panduan terbaru berkenaan
pengambilan cuti sakit.
Setiap pekerja diperuntukkan 10 hari cuti sakit untuk setahun. Namun begitu
anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti sakit jika tak sakit.Itu
cari penyakit namanya. Sakit melebihi had akan ditolak dari cuti tahunan
walaupun anda betul-betul sakit. Cuti sakit tidak boleh dipindah milik atau
dibawa ke tahun seterusnya.
MC (Medical Certificate) atau Sijil Sakit perlu dilampirkan dengan borang
cuti. MC tulisan tangan tidak diterima. Jika berubat kampung, sila minta tok
bomoh atau pawang berkenaan mengeluarkan sijil sakit yang ditaip atau
dapatkan rawatan dari bomoh panel yang dilantik oleh kompeni.
Sakit hati, sakit jiwa serta jiwang, sakit kepala berdenyut-denyut dan sakit
sengal-sengal otot tidak dibenarkan cuti sakit. Borang cuti yang dikepilkan
pembalut panadol atau kotak ubat cap kaki tiga tidak akan dilayan.

Anda dikehendaki menalipon pejabat memaklumkan cuti sakit anda dan anda
tidak perlu bercakap dengan nada kasihan diikuti kesan khas suara serak-serak kering bersulam dengan batuk berkokol-kokol untuk membuktikan yang anda sakit. SMS juga dibolehkan jika anda tak mampu bersuara tetapi tidak digalakkan.
Sekian, harap maklum.
"BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN,
BERCUTI SAKIT DAHULU,
HANTAR BORANG CUTI BERSAMA MC KEMUDIAN"
Yang Benar
Pihak Pengurusan Links to this post

Monday, August 11, 2008
cara - cara nak KAVER MALU

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....
boleh dipraktikkan bila2 masa yg diperlukan.hehehe








