
Sunday, March 7, 2010
hepi besday

Monday, March 1, 2010
SALAM MAULIDUR RASUL
sblm terlambat nk ambil kesempatan ucap SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL buat semua umat islam...semoga kita sentiasa mendapat berkat dariNYA.
pastu,
sori lah kwn2.sbb lm x update
tp yg plg best skali bila bc blog pg ni dpt tau SARAH dh mengandung for her 2nd baby...tahniah sarah....
hepi sehepinyer aku dngo.msti aku yg plg last tau...hampeh btl aku ni.
taun ni mmg bz btl.kemarin dh buat smbutan maulud di sekolah smpai tumbang sekor lembu.cikgu kt cni pakat buat majlis akikah.dptlah mkn free skali sekala.lps ni kn sibukkan diri nk buat kem pengawas lg,pastu latihan bola jaring lg....latihan choral speaking lg...
arghhh....
sibuk btl ke bt2 sibuk ni.hehe
Tuesday, February 9, 2010
2010 = TAHUN BEKERJA
Geng Bas Sekolah , Hikayat Putera Shazlan dan Belalang..
masa ni kt hospital sbb kn tahan kuning = jaundis


hai mokcik2 seme...nama sy Izz Hafiy.cube tgk muka saya mcm sape??
Tuesday, November 17, 2009
update

1. tahniah imah diatas zuriat sulung mu itu..
(imah..awak kn ingat.anak awk tu lahir sm besday ngan AZie tau!!hehe)
mami......lapa dh ni..bo ah becinta ngan dadi tu..
semoga imah mnjd isteri dan ibu yang misali spt sy...(sarah dn lain2 pon skali la..sy tau diorg msti jeles kt sy temasuk tok pon kalau sy xsbt nm diorg)
Saturday, November 7, 2009
FAMILY
Baca slowly dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, s
ering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu", "
Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar,
sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi
keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU " HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Sunday, November 1, 2009
kelakar tak???
Keluhan seorang SUAMI:
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.
Keluhan seorang ISTERI:
Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..
Tuesday, October 27, 2009
kelebihan Qursi

Tuesday, October 13, 2009
BEYONCE I AM
BEYONCE @ NORAZIMAH..ms dok sdp tgk tv.kuar la plak iklan beyonce ni..mcm best je kalu bleh peg..tp

- tmpt konset jauh ngat nk peg ( k.l je tu...)
- tiket mahal...tp kalu ada duit aku peg je..
- tgh mengandung ni pon nk jln jauh lg???
- mcmne nk menari ala ala beyonce sbb tgh skt bontot.haha
beyonce ni mmg penyanyi pujaan hatiku.(disamping J.LO la..) ingat ms kt duyan mas dl...aku n sarah pnh ajuk beyonce menari yg lagu dlm cite The Pink Panther...hahah!!indah sggh kejadian itu!!
kpd yg peg tu,jgn lupa kirimkan salam rindu aku kt beyonce ye....isk!isk!isk!!!
MAKLUMAT KONSERT
Dua tahun selepas membatalkan konsertnya di ibu negara, yang mendapat tentangan dari Pemuda PAS, Beyonce tidak gentar untuk mencuba nasibnya sekali lagi apabila mengumumkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi di jelajah dunia “I Am….”-nya.Anjuran Marctensia dan UCSI Communications, ‘Beyonce “I Am…..” World Tour Live in Malaysia 2009’ akan berlangsung pada 25 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 8 malam.
Konsert jelajah dunia ini sempena keluaran album ketiganya ‘I Am...Sasha Fierce’. Sehingga kini, jelajah ini telah ke Amerika Utara dan Eropah. Maklum balas yang diterima, baik dari peminat mahupun pengkritik, amat memberangsangkan.
Konsertnya di KL ini bakal melihat Beyonce membawa bersama produksi penuhnya berbanding konsert antarabangsa lain yang biasanya terpaksa mengecilkan saiz produksi mereka.Tiket berharga RM583, RM383, RM283, RM183 (tempat duduk bernombor) and RM93 (tempat duduk bebas).
Tiket pra-jualan sudahpun bermula sejak 22 Sept dan akan berakhir pada 2 Okt ini.Untuk maklumat lanjut, hubungi Marctensia di 03-20921199 atau layari www.marctensia.com. Anda juga boleh hubungi Axcess Ticketing di 03-77115000 atau melalui laman webnya, www.axcess.com.my.





