Tuesday, October 13, 2009

BEYONCE I AM

BEYONCE @ NORAZIMAH..



ms dok sdp tgk tv.kuar la plak iklan beyonce ni..mcm best je kalu bleh peg..tp








  • tmpt konset jauh ngat nk peg ( k.l je tu...)


  • tiket mahal...tp kalu ada duit aku peg je..


  • tgh mengandung ni pon nk jln jauh lg???


  • mcmne nk menari ala ala beyonce sbb tgh skt bontot.haha




beyonce ni mmg penyanyi pujaan hatiku.(disamping J.LO la..) ingat ms kt duyan mas dl...aku n sarah pnh ajuk beyonce menari yg lagu dlm cite The Pink Panther...hahah!!indah sggh kejadian itu!!



kpd yg peg tu,jgn lupa kirimkan salam rindu aku kt beyonce ye....isk!isk!isk!!!

MAKLUMAT KONSERT

Dua tahun selepas membatalkan konsertnya di ibu negara, yang mendapat tentangan dari Pemuda PAS, Beyonce tidak gentar untuk mencuba nasibnya sekali lagi apabila mengumumkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi di jelajah dunia “I Am….”-nya.Anjuran Marctensia dan UCSI Communications, ‘Beyonce “I Am…..” World Tour Live in Malaysia 2009’ akan berlangsung pada 25 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 8 malam.

Konsert jelajah dunia ini sempena keluaran album ketiganya ‘I Am...Sasha Fierce’. Sehingga kini, jelajah ini telah ke Amerika Utara dan Eropah. Maklum balas yang diterima, baik dari peminat mahupun pengkritik, amat memberangsangkan.

Konsertnya di KL ini bakal melihat Beyonce membawa bersama produksi penuhnya berbanding konsert antarabangsa lain yang biasanya terpaksa mengecilkan saiz produksi mereka.Tiket berharga RM583, RM383, RM283, RM183 (tempat duduk bernombor) and RM93 (tempat duduk bebas).

Tiket pra-jualan sudahpun bermula sejak 22 Sept dan akan berakhir pada 2 Okt ini.Untuk maklumat lanjut, hubungi Marctensia di 03-20921199 atau layari www.marctensia.com. Anda juga boleh hubungi Axcess Ticketing di 03-77115000 atau melalui laman webnya, www.axcess.com.my.

No comments: