Sunday, June 29, 2008
MINYAK , MINYAK DAN MINYAK LAGI...
Sejak harga minyak dinaikkan dari RM1.92 ke RM2.70, PM berkata,
KUALA LUMPUR 22 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk dua daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menjalankan tanggungjawab membahas dan menyokong usul berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan di Dewan Rakyat, esok.
TPM juga berulang kali membuat ugutan secara terbuka kepada semua MP BN agar menyokong keputusan KERAjaan. Tindakan tegas akan diambil keatas mana-mana MP yang menentang. Hinggakan Ku Li pernah berkata beliau terpaksa mengikut arahan atasan parti, jika begitu kehendaknya. Justeru itu, tidak mengejutkan apabila usul minyak dibahaskan diparlimen semalam, BN mendapat 129 manakala PR 72. Itu adalah suatu penipuan, ia bukan keputusan yang lahir dari akal seorang MP yang berjiwa rakyat. Keputusan itu tidak langsung menunjukkan keputusan menaikkan harga minyak itu betul, ia cuma mengiakan yang ugutan terbuka KERAjaan telah berjaya. Ia juga membuktikan yang kesemua MP BN adalah ‘yes man’ walaupun kebanyakan sedar harga minyak tak patut dinaikkan. Tetapi memandangkan mereka lebih mementingkan perut mereka sendiri, maka hak rakyat telah diabaikan.
Kerajaan berjaya mengatasi debaran “undi tidak percaya” terhadap perdana menteri yang diura-urakan akan dibawa pembangkang ketika membahaskan usul menyokong kenaikan harga minyak susulan pemotongan subsidi awal bulan ini.
Selepas sesi perbahasan selama enam jam, undi yang dijalankan selepas jam 7 malam membuktikan barisan wakil rakyat BN masih setia kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan 129 undi, manakala 78 undi menentang usul yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
BN mempunyai 140 ahli Dewan Rakyat, termasuk dua timbalan yang dipertua, sementara pembangkang mempunyai 82 wakil.
Seramai 11 ahli parlimen BN tidak hadir dalam sesi yang dianggap penting ini. Mereka termasuklah dua wakil BN daripada Parti Maju Sabah (SAPP) - Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - yang menggemparkan negara minggu lepas dengan mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.
Wakil-wakil lain: Raime Unggi (Umno-Tenom), James Dawos Mamit (PBB-Mambong), Tiong Thai King (Supp-Lanang), Zulhasnan Rafique (Umno-Setiawangsa), Ahmad Zahid Hamidi (Umno-Bagan Datoh), Dr Rais Yatim (Umno-Jelebu), Rafidah Aziz (Umno-Kuala Kangsar), Radzi Sheikh Ahmad (Umno-Kangar) dan Tengku Azlan Abu Bakar (Umno-Jerantut),
Di pihak pembangkang pula, mereka yang tidak hadir: Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong). Ahli parlimen keempat yang tidak hadir tidak dapat dipastikan, setakat ini.
kesimpulannya marila kita peg sekolah naik beca je,,,
rakyat dok nanggung beban,hangpa dok seronok kt dewan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment