Wednesday, July 16, 2008

TRILOGI CINTA TIGA SEGI

Korang pnh tak dgr lagu ni.skrg ni saleem yg nyanyi.lagu ni irama dia kira biasa,mcm easy listening la.tp kalu dihayati dgn kata2 lagu tu sdh sgt bunyinye,ada orang kta lagu tu pemintaan si lelaki kepada tunangnye,kes frust cinta la ni,dia anta kwn2 dia peg pukul tunang dia tu sampai KO.tu yg msk jail dn gubah lagu ni khas untuk tunang dia yang menduakannya tu lah,

nk kta btl atau tidak wallahualam...tapi aku msh simpan lg video tu dan tiap2 kali tgk si pompuan tu kn ganyang ngan laki2 bedebah tu rs sdih sgt..kot ye pn nk mrh takkan sampai begitu skali....dia kan MANUSIA,bkn nye SIPUT BABI nk dipijak2 begitu skali...

Alkisahnya…

Seorang lelaki yang cuma tinggal lagi seminggu nak kawen dengan kekasih hati yang sangat dia sayang, membunuh bakal isteri dia tu sebab terlalu bengang dengan tindakan tunangnya tu yang kembali ke pangkuan kekasih lamanya. Lelaki tu jugak membunuh kekasih lama tunangnya tu. Akibat daripada penyesalan, dia menyerah diri ke balai polis untuk menerima hukuman gantung. Sebagai permintaan terakhirnya sebelum dihukum gantung, dia meminta untuk memanggil kawan²nya merakamkan nyanyiannya itu. Dengarkan lagunya yang sungguh mendayu….


SETELAH DISIASAT>>>>

Banyak kemusykilan kan? Makin blur dengan kisah ni, betul atau sekadar mitos. Jadi Adi teruskan lagi siasatan. Akhirnya ketemu juga jawapan. Sebenarnya lagu ni takde kaitan langsung dengan sape². Penyanyi asalnya adalah ayie & berd. Ayie dah terangkan dengan jelas bahawa kisah tu hanya rekaan seseorang. Ni mesejnya:

“ATTENTION ALL:
I am very sorry i have to disable comments for dis video bcoz of d speculations which is untrue… I realise dat many of u out there has heard rumours regarding dis song….

…”Let me make it clear dat dis song is originally titled ‘PERANGKAP CINTA’.. Composed by me,Ayie.. Dis song has been around since 1998 n copyrighted since 20th March 1999. Yes,i composed dis song at a young age of 13yrs old.I dont know any BANDUAN or d guy who so called composed dis song n i dont wanna know. Wat i know is im d real composer of PERANGKAP CINTA…..”

“….Its up to u if u wana believe it or not but let d fact remains dat i am d real composer. There is no story behind dis song. Thks for listening to my song n ur support is greatly appreciated.

I hope there will be no more speculations after dis. I have d proof dat dis song is originally by me under my own name….”

“…..Thks to all for viewing my video. I will NOT be making any more videos after dis. To my sister IDABELO,thks for standing up for me. If u guys have any queries regarding dis song,kindly leave a comment on my channel or send me a personal msg.. Thank u all. Enjoy!!!…..”

Simpulan tersimpul²

So, kesimpulannya cerita tu hanyalah mitos semata². Ada pihak yang nak menggempakkan lagu Perangkap Cinta ni dengan cerita macam tu. Ibarat kita tambah perencah dalam nasik putih untuk buat nasik goreng. Lagi sedap makan nasik goreng daripada nasik putih je. Lapar la pulak huhu.

NI LA LIRIK LAGU YG MENJADI MISTERI NUSANTARA ITU.

Hazwan - Cinta Tiga Segi aka Perangkap Cinta

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan




No comments: