Tuesday, August 4, 2009
Selamat Nisfu Syaaban
dekat dh nk pose...
Esok 6 Ogos 2009 bersamaan 15 Sya'aban 1430 iaitu Hari Nisfu Sya'aban.
Bermula hari ini, buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan
buku catatan yang baru. Maka catatan pertama yang akan dicatatkan akan bermula sebaik sahaja
masuk waktu Maghrib 14 Sya'aban ini @ malam Nisfu Sya'aban, malam ini.
Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW) : Pada malam Nisfu Sya’aban setelah
berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : Adakah orang-orang yang meminta maka
Aku perkenankan permintaannya; Adakah orang yang bertaubat maka Aku terima taubatnya; Adakah orang
yang ditimpa bala Aku afiatkannya; Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya; Adakah
orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, melainkan mereka yang menyengutukan Allah SWT dengan
sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba’,
penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim; demikianlah pertanyaan lainnya
sehingga keluar fajar subuh.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (14 Sya’aban, Rabu malam Khamis)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (14 Sya’aban, Rabu malam Khamis)
i) Selepas Yasin pertama : Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : Mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Khamis, 6 Ogos 2009)
marilah kita sama2 buat ibadah ye kawan2.... semoga beroleh rahmat dariNya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment