Wednesday, July 14, 2010

6 SIFAT WANITA YANG BURUK



  • SEORANG penceramah wanita di tv menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri. Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami.

  • Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.
    .
    1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
    .
    2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
    .
    3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah bersuami yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).
    .
    4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
    .
    5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
    .
    6. Al Salaqah - wanita yang mulut becok, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.Semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.
    .
    Aku terpanggil untuk melampirkan apa yang aku dapat dari internet ni kerana apa yang berlaku disekeliling aku. Aku sedih dan kecewa dengan sikap orang-orang yang tidak menghargai suami sendiri.
    .
    Ya, aku akui suami kita itu tidaklah sesempurna mana, biasalah. Kita juga tak sesempurna mana. Maaflah jika ada yang terasa tapi aku terpaksa kerana kita tidak pernah tahu berapa lama lagi nyawa kita atau suami akan diambil semula oleh Tuhan.
    .
    Tidak menyesalkan anda maki-maki suami anda, dia keluar penuh marah dan tiba2 anda mendapat berita kematiannya????
    .
    Jika ada masalah, berbincanglah dengan penuh hemah. Ini peringatan untuk aku juga, sering melatah ketika bertingkah. Jangan sekali kita mengguris hatinya dengan perkataan yang tidak sepatutnya.
    .
    Wajarkah kita mengkhianati rezeki, apatah lagi yang dihidang suami, khas untuk kita si isteri? Biar apa pun alasan kita, kita tidak boleh melakukan sebegitu. Andai kata terbit di hati suami, aku tidak halal apa yang aku beri, bagaimana kita boleh melapah daging dan isi untuk mengeluarkannya???
    .
    Lihatlah betapa kita tak pandai menghargai.
    .
    Tidak cukup dengan yang diberi kita mengungkit-ungkit pula. Sewaktu belum kahwin teringin benar nak bersuami. Bila dah bertemu jodoh, suami dilayan macam ????

(PERINGATAN UTK AKU JUGA...)

1 comment:

Isteri Solehah said...

peringatan utk aku jugak G...teringt aku kat satu petikan "andai dosa itu berbau"
kalau dosa kat suami..bau mcm mane agaknyer...