Tuesday, February 17, 2009

SENARAI UBAT YG MENGANDUNGI UNSUR BABI DI PASARAN

Assalamualaikum,

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin.

Wallahu'alam

P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Sumber asal: (nama dirahsiakan)

Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia

2 comments:

e-junior said...
This comment has been removed by the author.
e-junior said...

Salam,

bagi saya, sebagai seorang pengamal perubatan ingin berkongsi sedikit ilmu, fakta anda diatas perlu diperbaiki. Ini kerana ubat2 diatas seperti Clexane dan Fraxiparine, adalah ubat yang diberikan oleh doktor untuk kebaikan tertentu. Ubat2 yang digunakan oleh pihak Hospital atau farmasi, ia telah ditapis oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Ubat2 yang mengandungi lemak babi sebenarnya ia sudah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain.

Transformasi mengikut Seminar Perubatan-Fiqh Kelapan pada 1995 bermaksud sesuatu proses yang membolehkan sesuatu objek itu diubah kepada bentuk lain termasuk
dari segi sifat dan kandungan, menyucikan bahan terbabit melalui proses tertentu, sekali gus menukarkan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh syariah kepada yang dibenarkan. Walaupun sesetengah ubat pada asalnya daripada babi, selepas melalui beberapa proses, ia lahir sebagai bahan baru dan jelas penggunaanya dalam islam.

Contohnya penggunaan suntikan vaksin pelalian Quadrivalent meningokokal vaksin (ACYW 135) yang diberikan kepada jemaah haji awal tahun ini. Keputusan mengenai kebenaran menggunakan vaksin berasaskan lemak babi ini dibuat oleh kumpulan ulama fiqah terkenal dari seluruh dunia termasuk Yusuf Qardawi dalam Seminar Perubatan – Fiqh Kelapan pada 1995 di Kuwait. Tambahnya lagi, "Jika berlaku keadaan darurat, maka sesuatu yang haram itu boleh menjadi halal. Ini termasuk kegunaan vaksin daripada lemak babi, yang jelas perlu bagi mengelak serangan penyakit meningitis (Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.)"



_________________________________________________
Jana Pendapatan Dengan Prepaid dan SMS di http://prepaid4u.net/?id=ejunior