Tuesday, August 18, 2009

hebatnye H1N1


Gelombang kedua H1N1 mungkin oktober ini

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang semakin serius sudah memberi petanda bahawa gelombang kedua pandemik itu dengan kesan yang lebih meluas dijangka melanda negara pada musim tengkujuh bermula Oktober ini.Jika ramalan itu menjadi kenyataan, kerajaan akan mengumumkan perintah darurat kesihatan lebih awal bagi mencegah penularan.(contohnya menyuruh rakyat membasuh tangan lebih kerap)Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, musim tengkujuh tahun ini lebih berbahaya berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kecenderungan orang ramai mendapat selesema boleh membawa kepada lebih banyak kes H1N1.

Sementara menunggu gelombang kedua wabak itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan usaha pembendungan wabak dengan mengarahkan semua doktor memberikan suntikan antiviral kepada pesakit yang mengalami demam lebih daripada dua hari.Mengenai isu kekurangan bekalan penutup hidung dan mulut, Tiong Lai berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berbincang untuk menjadikannya barangan kawalan.

apa tindakan anda?? dh pakai topeng hidung dan muka???? dh kurangkan shoping???
ermmmmm....

No comments: