Wednesday, June 25, 2008

OLIMPIK BEIJING 2008







Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) akan diadakan pada 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Upacara perasmian akan bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing, Beijing, Republik Rakyat China. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988.

Terdapat banyak acara sukan yang akan dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (di Qinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia merupakan Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).

Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), iaitu satu kependekan bagi bandar raya Beijing. Sukan Beijing 2008 mempunyai lima maskot, yang dipanggil "Fuwa", dan melambangkan kelima-lima warna logo Olimpik.

Temasya sukan ini melambangkan pertumbuhan ekonomi China masa kini yang pesat, serta kebangkitan semula China sebagai kuasa besar dunia.[2] Namun, terdapat juga protes daripada warga dunia tentang isu pencemaran alam sekitar, rekod hak asasi manusia China yang buruk,[3] serta isu perjuangan kemerdekaan Tibet, iaitu perkara yang boleh dikatakan melanggar prinsip-prinsip Sukan Olimpik.

Sebanyak 31 stadium baru dalam Beijing telah dibina dalam persediaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Enam stadium di luar Beijing serta 59 pusat latihan juga diperbaiki atau dibina. Stadium-stadium utama termasuklah Stadium Nasional Beijing, Stadium Tertutup Nasional Beijing, Pusat Akuatik Nasional Beijing, Pusat Konvensyen Hijau Olimpik, Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong Beijing dan sebagainya. 85 peratus daripada belanjawan pembinaan, iaitu sebanyak AS$2.1 bilion dibekalkan oleh sektor swasta melalui pembidaan dan tender.

Acara ekuestrian akan diadakan di Hong Kong kerana tempat lain di China tidak mampu menjamin kawasan bebas penyakit kuda. Acara-acara sukan lain juga akan diadakan di bandar Qingdao, Tianjin, Shanghai dan Qinhuangdao mengikut kesesuaian.[5]

Aturcara yang terdapat di Olimpik Beijing 2008 hampir menyerupai Olimpik Athens 2004. Olimpik 2008 bakal menyaksikan 28 jenis sukan berentap, dan mempertandingkan 302 acara (yang melibatkan 165 acara lelaki, 127 acara wanita, dan 10 acara campuran), satu acara tambahan daripada jumlah acara di Athens.

Secara keseluruhannya, sembilan acara baru akan dipertandingkan dua daripada disiplin sukan berbasikal iaitu BMX. Wanita dapat menyertai acara lari berhalangan 3000 meter buat kali pertama. Tambahan pula, acara renang marathon untuk lelaki dan wanita melebihi jarak 10 kilometer, akan ditambah dalam disiplin renang. Acara berpasukan (lelaki dan wanita) dalam sukan ping pong akan menggantikan acara beregu. Dalam acara lawan pedang, pasukan foil wanita dan pasukan sabre wanita akan menggantikan acara pasukan foil lelaki dan pasukan epee wanita. [b][27][28]

Pada pertengahan 2006, pemain permainan video berbincang dengan kerajaan China mengharapkan acara permainan video akan diterima sebagai sukan pertunjukan pada temasya ini. Acara pertunjukan tidak pernah dijalankan di semua Sukan Olimpik (Musim Panas atau Musim Sejuk) sejak 1992.[29]

Pada 7 Ogos 2006, sehari sebelum ulang tahun temasya Olimpik Beijing, Komiti Pengurusan Beijing memperkenalkan piktogram yang melibatkan 35 disiplin Olimpik. Setiap piktogram direka supaya semua orang yang berada di seluruh dunia dapat mengecam perbezaan sukan-sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Set ikon sukan ini diberi nama the beauty of seal characters, yang mana setiap piktogram ini menyerupai perkataan kaligrafi Cina.[30]

Berikut merupakan sukan yang akan dipertandingkan pada temasya ini. Acara sukan Olimpik iaitu akuatik menggabungkan disiplin berbeza iaitu terjun, renang, renang berirama, dan polo air. Jumlah acara yang akan dipertandingkan setiap sukan yang menunjukkan sisipan.

* Angkat berat (15)
* Badminton (5)
* Besbol (1)
* Bola baling (2)
* Bola keranjang (2)
* Bola sepak (2)
* Bola tampar (4)
* Ekuestrian (6)



* Gimnastik (18)
* Gusti (18)
* Hoki padang (2)
* Judo (14)
* Kanu (16)
* Lawan pedang (10)
* Lumba basikal (18)
* Kapal layar (11)



* Memanah (4)
* Mendayung (14)
* Menembak (15)
* Olahraga (47)
* Pentatlon moden (2)
* Ping pong (4)
* Polo air (2)
* Renang (34)



* Renang berirama (2)
* Sofbol (1)
* Taekwando (8)
* Tenis (4)
* Terjun (8)
* Tinju (11)
* Triatlon (2)

No comments: