Tuesday, December 30, 2008

KOLEKSI LAWAK PENUTUP TAHUN 2008


BACA JGN TAK BACA..KENE KERRRRR....

LAWAK 1 : 5 + 5 = 11

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..

bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas...

LAWAK 2 : NEGRO YG HAUSSSS...

l kisah, seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang dia mencari air, terjumpalah dia dengan jin padang pasir.

Berkatalah jin itu... .."aku akan tunaikan 3 permintaan kau, oleh sebab aku lihat kau dah nak KO. Aku akan tunaikannya pada kehidupan kau yang akan datang.

Negro itu pun berkata, "Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga lagi. Dan ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar... "

Negro itu pun mati dengan tenangnya... ... ..





Pada kehidupan lain,



Negro itu telah menjadi... ... ... ... .



... ... ... ... .Mangkuk tandas toilet wanita... ... ... .


LAWAK 3 : TEKA TEKI ( BUJA DAH TEKENE... HEHE )

Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu? -Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen.KUANG KUANG KUANG.....

LAWAK 4 : KESAN EKONOMI 2009 ( DIJANGKA SERIUS!! )

MEMO KEPADA SEMUA STAFF SKDM 2 2009...

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda m ema ndu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda m ema ndu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.
Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN
:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka....

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih...


LAWAK 6 : PEMANDU MENGANTUK TERLAMPAU!!!
Warga Thailand, salah seorang penumpang Bas Ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan membuatkan pemandu bas tersebut berkali-kali menggelengkan kepada. Sebaik sahaja melepasi Bentong, penumpang warga Thailand yang berada betul-betul dibelakang pemandu bas itu bertanya apakah sudah samapi ke Ipoh atau belum.

Pemandu: Awak hendak kemana sebenarnya?

Penumpang: Saya hendak pergi Kangar, malam ini saya hendak balik Hatyai.

Pemandu: Bas ini menuju Kuantan.

Penumpang: Kuantan tu di mana?

Pemandu: Eh, kamu tak tahu Kuantan? macam mana kamu boleh silap beli tiket? Kalau gitu sampai di Kuantan nanti saya uruskan beli tiket untuk kamu balik semula ke Kuala Lumpur atau kamu naik teksi atau kamu boleh juga naik kapal terbang. Terpulang yang mana pilihan kamu.

Penumpang bas tersebut mendiamkan diri dengan wajah muram. Pemandu bas pula tak habis membebel terhadap kesilapan penumpang Warga Thailand tersebut. Setibanya di Kuantan, sebaik saja turun dari bas, penumpang tersebut terus menemui semula pemandu bas tadi.

Penumpang: Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sebenarnya tak silap. Saya dah tempah bilik hotel di Kuantan ini. Tadi saya sengaja buat begitu kerana saya tengok awak mengantuk, dan awak benar-benar hilang mengantuk, betul tak?

Pemandu bas tersenyum hambar dan mengangguk berkali-kali dan menggeleng sekali lagi.

No comments: